Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Suzuki 2010. Tahniah Harimau Malaya!

Alhamdulillah, Piala AFF Suzuki akhirnya menjadi milik skuad Harimau Malaya! Malaysia menang bergaya dengan keseluruhannya 4-1 menentang pasukan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta malam tadi..Walaupun Indonesia mendahului Malaysia dengan 2-1 malam tadi,tapi bekalan yang dibawa oleh Malaysia dengan 3-0 telah berjaya untuk menobatkan Malaysia sebagai juara.

Apa-apa pun,Khairul Fahmi Che Mat,penjaga gol Malaysia cukup cemerlang apabila berjaya mempertahankan gawang Malaysia daripada dicerobohi oleh pasukan Indonesia. Ternyata kehebatan penjaga gol Malaysia ini terbukti apabila dapat mempertahankan tendangan penalti kapten Indonesia,Firman daripada dibolosi oleh pihak lawan.Kehebatan Khairul Fahmi memang memukau banyak pihak apabila fan page beliau telah di'like' oleh beribu-ribu orang dalam masa beberapa minit sahaja..haha..Walau bagaimanapun,sekalung tahniah untuk anda!

Malaysia-Indonesia bergaduh lagi? hmm,pergaduhan antara 2 negara ni memang tak pernah habis dari dulu.Dulu,gaduh kes curi budaya lah,apalah.Sekarang laser pula menjadi isu. Hey, come on laa..Kita kan serumpun.Apa guna kita bergaduh-gaduh ni? so,apa-apa hal,keep it up Malaysia! Walaupun sebelum ni ramai yang mempertikaikan mutu pemain Malaysia apabila negara kita kemarau pingat emas selama 16 tahun, tapi dengan semangat dan hasil penat lelah pemain-pemain muda negara kita telah membuahkan hasil.Tahniah sekali lagi.Malaysia boleh!!

p/s; kepada fan khairul Fahmi,jangan cuba-cuba nak masuk line pulak.Dah berpunya tuu..melepaslah korang.haha

No comments: