Friday, December 17, 2010

salah siapa?

well, aku 100% setuju dengan apa yang ustaz kat atas ni cakap..sekarang ramai yang hanya memegang title orang islam.tapi buta tentang apa itu islam.kadang-kadang aku tengok orang yang baru memeluk Islam lebih menghargai Islam berbanding orang yang sejak azali memang telah dilahirkan sebagai seorang umat Islam.Kenapa? Sebab ramai orang yang memegang gelaran islam hanya disebabkan dilahirkan dalam keluarga islam.mak dan ayah islam.Berbanding dengan golongan mualaf..Mereka mendalami tentang apa itu islam.Mereka memahami tentang hukum-hakam islam.Bukan sekadar suka-suka.Tapi kerana mereka telah diberi hidayah oleh Allah.

Aku ada ramai kawan.Kawan waktu zaman persekolahan dahulu..Selepas tamat persekolahan,masing-masing melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS..Tapi yang menyedihkan,ramai yang berubah.Tak macam waktu sekolah dulu.Dulu cikgu-cikgu selalu cakap,bila habis sekolah,masuk ke IPTA/IPTS,ramai yang salah pilih kawan.ramai yang berubah jadi seorang yang terlalu sosial.ramai yang terjebak dengan kes-kes yang tak bermoral.Sebab bila duduk jauh dari mak ayah,mereka rasa bebas.Boleh buat apa-apa ikut kehendak hati.Tak de sape nak marah,tak de sape nak larang.Betul,aku setuju.Tapi bagi aku,kalau kita ada jati diri,kalau pandai jaga diri,kalau pandai kawal nafsu,kes-kes macam ni akan berlaku ke?Kalau dah tau kawan buat benda tak betul,perlu ke kita terikut-ikut dengan perangai kawan kita tu? Kita dah besar,ada akal.Tau fikir mana baik mana buruk.So,fikir-fikir la.Umur dah makin meningkat,perlu ke mak ayah nak tegur,nak nasihat,nak larang kita benda yang sama lagi tiap-tiap hari?

Teringat kata-kata pakar motivasi,Datuk Dr.Fadzilah Kamsah, "KALAU kita hebat di dunia, kalau masuk ke dalam neraka, ia tidak berbaloi."

No comments: