Di waktu rindu…kekadang air mata bergenangan dan jatuh berlinangan… di waktu rindu, jangan diabaikan segala rasa lain anugerahNYA. Dan yang pasti, janganlah kerinduan itu membuatkan kita sengsara dan seakan melepaskan apa yang ada dalam genggaman kita…jangan kerana guruh di langit, berkejar kita curahkan air dalam tempayan. Hanya kerana nak gantikan dengan air yang baru. Kenapa tak sediakan tempayan lain? Air makin bertambah dan kita tak kesal kalau hujan tak jadi turun
DIA yang berkuasa mencampakkan rasa cinta dan rindu itu dalam hati kita…dan DIA jugalah yang berkuasa menariknya kembali. Walau sakit walau perit, kita harus terima…
p/s: tibe2 rase rindu tu dtg lagi.betul,rindu gilerrrrr!
No comments:
Post a Comment