Tuesday, September 11, 2012

luas pandangan,jauh perjalanan~

Alhamdulillah.. pejam celik pejam celik dah hampir seminggu lebih menghirup udara kat puncak perdana ni.. betul la kata orang, dunia di U ni banyak cabarannya. banyak perlu menuntut kesabaran dan ketabahan..Hari pertama kat sini, fuh,memang dah nampak persaingan yang ada. memang cukup hebat semuanya. Moga dipermudahkan segala urusan.insyaAllah..

Terima kasih ya Allah.. Alhamdulillah,Kau permudahkan segala urusanku..Kau berkatilah hidupku di dunia dan di akhirat sana..

Terima kasih umi ayah yang dah cukup banyak menyokong dan membantu kak long selama ni. terima kasih atas segala nasihat yang tak jemu-jemu dicurahkan, atas segala pengorbanan yang telah diberikan.. Tak mampu untuk diriku ini membalas jasa umi dan ayah. tapi insyaAllah, kak long akan berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.takkan kak long sia-siakan harapan umi dan ayah..

Terima kasih cikgu.. atas segala tunjuk ajar yang dicurahkan selama ni. terima kasih kerana mendidik saya hingga sampai ke tahap ni. jasa guru-guru tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila..

Terima kasih kawan-kawan yang dah banyak membantu dan memberi peransang untuk terus berjaya..tak kurang juga yang sudi memberi tunjuk ajar ketika diri ini dalam kebuntuan..terima kasih..

Terima kasih semua, tanpa anda semua,siapalah saya.. Doakan saya berjaya dunia dan akhirat. Cekalkan hati, betulkan niat, ingat,tujuan ke sini cuma satu, belajar dan terus belajar di samping menjadi seorang hamba yang diberkati oleh-Nya...insyaAllah..


No comments: