Saturday, April 23, 2011

Alhamdulillah,Terima Kasih...

 Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi kesempatan untuk melihat dunia,menghirup udara dan terus memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini..Tanggungjawab sebagai seorang hambaNya, sebagai seorang anak, seorang kakak dan seorang pelajar. Akan ku galas tanggungjawab itu dengan kudrat yang ada, selagi nyawa dikandung badan.Selama 19 tahun diberi peluang untuk hidup di atas dunia yang sementara ini, banyak mengajar aku erti perit jerih kehidupan. Suka duka tangis tawa, semuanya ditempuhi sehingga akhirnya berjaya mematangkan aku untuk menjadi seorang remaja yang cekal. Tahun depan bilangan tahun makin meningkat. Angka 20, mungkin sudah bermulanya kehidupan sebagai seorang dewasa. Tapi, tahun hadapan belum tentu dapat meraikannya. Mungkin talqin mengiringi diri ini. Entah, hanya berserah segalanya kepada ketentuanNya. Semoga kehidupan di dunia yang fana ini mendapat redha Ilahi..

Terima kasih Ummi kerana melahirkan.
Syukur..Alhamdulillah..Ya ALLAH...kerana panjangkan usia hingga saat ini..Terima Kasih.   

No comments: