Sunday, December 19, 2010

Suka duka kami bersama

selamat pagi Malaysia! semalam tak sempat nak update blog ni..jadual padat.balik je rumah terus tidur..Banyak peristiwa yang terjadi semalam..ada suka ada duka..apa-apa pun tu semua jadikan kenangan dalam hidup ni.ok,ni aku nak cerita serba sedikit peristiwa yang berlaku semalam.

7.00a.m
Aku cek handphone aku..Tengok ada 2 mesej.then aku bukak..Dua-dua mesej daripada kawan sekolah aku.Buka mesej yang pertama....."al-Fatihah..Assalamualaikum,abah Dayah meninggal pada pukul 4 pagi tadi..Doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman.." innalillahiwainnailahirojiun...terkejut aku dapat berita tu..aku buka mesej satu lagi,mesej yang sama juga..sudah tiba masanya untuk ayah sahabatku pergi untuk selama-lamanya..Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..Bersabarlah kawan...

11.00a.m
Majlis tahlil dan solat hajat diadakan di rumah bapa saudaraku..Bapa saudara aku selamat diijabkabulkan 2 hari lepas.Semalam ada majlis sambut menantu kat rumah dia.Sebenarnya ni pernikahan dia untuk kali yang kedua.Isteri pertama dia,kakak sulung ayah aku meninggal tahun lepas.Apa-apa pun,semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

5.00p.m
Masih berada di rumah bapa saudaraku..Ada yang berehat melepaskan lelah,ada yang makan,sepupu sepapat aku bermain berkejaran ke sana-sini..Aku dan saudara-saudaraku yang lain sedang bertukar-tukar cerita.Tiba-tiba.. Boooommmm!Bunyi yang agak kuat datang dari luar rumah.Ya Allah,bunyi apa tu?Kami bergegas menuju ke tepi tingkap untuk melihat apa yang berlaku. Astaghfirullahalazim...Rupa-rupanya sepupuku yang berumur 4 tahun dilanggar oleh motor!Mukanya luka.Banyak darah yang keluar..Aku menggigil,takut sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini..Mereka yang dewasa bergegas menghantarnya ke hospital..Lebih kurang 45 minit selepas itu,mereka balik semula..Alhamdulillah,tiada apa yang buruk berlaku..Cuma mukanya yang luka telah dirawat oleh doktor..Syukur semuanya selamat.

7.00p.m
Ayahku memberitahu kami sekeluarga,alhamdulillah..adikku yang berumur 12 tahun diterima masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring..Belajar bersungguh-sungguh adikku.Semoga dapat mengekalkan kecemerlangan sehingga ke peperiksaan SPM..InsyaAllah..


p/s; apa-apa yang berlaku semuanya telah ditetapkan oleh Allah.Kita sebagai hambanya perlu menerimanya dengan sabar dan tabah..~

No comments: