Tuesday, December 28, 2010

Happy Birthday si Kembar!

azzaam dan azziim~
Esok,29 Disember 2010 genap la adik kembar aku ni 11 tahun..dah besar rupenye diorang..Kalau si kembar tu tadi tak sebut yang esok birthday dia, serious,aku tak ingat langsung.Kejam kan?haha..actually aku bukan tak ingat birthday dia.Tapi bila cuti ni aku tak tau hari ni hari ape,hari ni berape haribulan..macam duduk dalam gua.haha..

Then,tiba-tiba aku teringat masa mak aku mengandungkan adik kembar aku ni dulu.Time tu mak aku tak cakap yang adik aku tu kembar..Suatu hari tu aku ikut la mak aku pergi klinik..Kat situ doktor tu cakap, "adik awak ade 2.." Aku pun tanya mak aku,betul ke adik aku kembar? Mak aku senyum je..Bila diorang lahir, rase best gile dapat adik kembar.

Tapi kan,esok mak aku tak de..Mak aku ade kat genting..Pagi tadi baru pergi sana.ada mesyuarat..So,maybe kitorang just sambut biasa-biasa je kot.Nanti la tunggu mak aku balik,baru sambut betul-betul..

Last but not least,happy birthday la abang adik! umur dah meningkat,perangai tu ubah-ubah la sikit..ni tak,mentang-mentang anak bongsu,manja dia,perrgghh,buat aku kadang-kadang rasa hilang sabar.


Gambar hiasan.comel je budak kembar ni.

No comments: