Thursday, March 18, 2010

KENAPA??

Kenapa kita perlu menangis hanya kerana putus cinta?
Sedangkan kita perlu menangis kerana kejahilan kita...

Kenapa kita perlu insaf hanya setelah kesalahan kita diketahui?
Sedangkan kita tak menyesal tentang kesilapan kita yang lalu...

Kenapa kita perlu mengejar cinta manusia?
Sedangkan cinta yang perlu dikejar adalah cinta Allah yang agung...

Kenapa kita perlu mencontohi artis-artis?
Sedangkan kita punya contoh yang lebih baik iaitu Rasulullah S.A.W...

Kenapa kita perlu bangga hanya kerana kejayaan yang kecil?
Sedangkan kita tak tahu macam mana nasib kita di akhirat nanti...

Kenapa kita perlu kejar kebendaan?
Sedangkan amal ibadat kita belum tentu cukup untuk menempah tempat di syurga Allah...

Kenapa perlu melencong ke tempat-tempat lain?
Sedangkan umrah dan haji belumkita tunaikan...

Ada telinga dengar...
Ada mata lihat...
Ada akal fikir-fikirkan...
Ada hati renung-renungkan...

No comments: