Baca ruangan ini pada waktu tengah malam, berseorangan dan dengan penuh perasaan.
Sejauh manapun kemarahan ibu terhadap kita, usah dibalas dengan kebencian kita kerana kita mungkin akan menderhakainya.
Daku pasti bahawa terdapat sesetengah daripada kalian yang selalu mengutuk ibu sendiri. Pantang ibu meminta tolong, pasti ada helahnya. Pantang ibu menegur, pasti melawannya. Ibu takkan merosakkan anaknya sendiri, percayalah wahai sahabatku!!!
Memang terkadang, ibu membuat silap. Tapi kalian perlu akui bahawa ibu hanyalah insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Daku ingin bisikkan tulisan ini kepada kalian untuk menyedarkan kalian. Daku syorkan agar kalian membaca ruangan ini pada tengah-tengah malam dan berseorangan. Kerana pada waktu itu, kalian pasti dapat menghayatinya dengan lebih mendalam.
Tulisan ini dihantar oleh seorang sahabat yang tengah kebingungan. Puas dia berfikir untuk mencari alamat emaknya, tapi dia gagal. Akhirnya sampailah tulisan surat ini kepada daku. Terus daku terdetik untuk berkongsi dengan kalian... bagi mereka yang mempunyai ibu dan ayah, hargailah mereka...
Renungilah luahan hati seorang anak yang ditinggalkan ibu ini...
WARKAH BUAT IBU...
Mak.....
Terlalu bosannya rasa duduk membilang hari..
Dah hampir enam tahun mak pergi..
Rasanya baru semalam mak peluk kita kan ..
Sejuk syahdu masih terasa lagi...
Mak tahu tak..
Itulah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal sejak kita dewasa..
Dan itu juga terakhir kalinya..
Emmm..rupanya mak dah tahu mak nak pergi dah..
Nak tinggalkan anak-anak mak..
Nak tinggalkan dunia fana ini..
Mak macam dah sedia..
Seminggu sebelum itu..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu..
Tanpa rasa mengantuk..tanpa rasa letih..
Kakak pun rasa hairan..
Mak tak pernah buat begitu..
Lepas tu mak pasang radio kecil di sebelah mak..
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio itu rancangan sama..
Kengkadang siaran Indonesia ..mak terus tekun menganyam..
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu tadi digunakan untuk mengiringi mak ke kuburan..
Lepas tu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih..
Lepas tu mak jemur karpet-karpet..
Lepas tu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
Paling menarik sekali mak bagitau kat mana semua duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari..
Ada kat dalam beg..
Ada dalam ASB..
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi..
Ada kat dalam gulung tikar..
Masa tu mak perasan tak?..
Kita gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar..kita kata mak ni memang pesenn lama laaa..
Mak cuma gelak saja..
Eeemmm..bahagianya saat itu..
Mak.....
Hari tu hari Sabtu 18/08/2008 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut..
Bila malam tu kita sampai dari KL..mak dah dalam kesakitan..
Akak dan abang kat kampung semua dah pujuk..
Mak tetap tak mahu pergi hospital..
Dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak tak mahu duduk dalam hospital..
Tapi kita berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor..ada ubat untuk mak..
Kat rumah, kami hanya mampu sapu minyak dan urut sahaja..
Mak tetap tak bersetuju..mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk..
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun sakit..
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..
Mak.....
Ampunkan kami sermua..
Kami nak mak sihat..
Kami sayang mak..
Kami tak mahu mak sakit
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital..
Ampunkan kami ye mak..
Mak....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itulah kali pertama dan terakhir kali mak naik kerata kita..
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak beli kereta.
Mak asyik tanya saja..cukup ke duit..
Kita jawab pula.. kalau tak cukup,
Mak kan banyak duit
Mak gelak ajerr..
lepas tu bila kereta kita sampai..
mak buat kenduri kesyukuran..
Dan kita masih ingat lagi..bila kita eksiden
Terlanggar keling naik motor..
Punya lah kita takut..kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak..
Bila balik sahaja kampung..kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek..mak tanya kenapa...?
Selamba saja kita jawab terlanggar pokok bunga..
Mak..tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau..
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tahu hal sebenar..
Mak..kita menipu mak kan ..ampunkan kita..
Mak....
Jam 4.30 pagi 19/08/2008..
Bila tiba saja kat hospital..nurse tengah balut mak dengan kain putih..
Mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital..
Mesti mak nampak abang cium dahi mak..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak..
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut tu..
Mesti mak nampak semua tu
Kann.. kan ..kannn..
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita memandu dalam keadaan
Separuh sedar..
Adik kat sebelah diam melayan perasaan..
Kenangan bersama mak berputar dalam
kepala ni..
jalan di depan teras semakin kelam..
air mata dah tak mampu di tahan..
masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela..
namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga..
disebabkan pagi tu masih awal,
jadi jalan tu lengang..kosong..sekosong hati ini...
sepanjang perjalanan terasa kedinginan
subuh itu lain benar rasanya..
terasa syahdu dan sayu begitu..dinginnn...
Mak....
Kita masih ingat lagi..
kita baca Al-Quran kat tepi mak temankan mak..
Jam 11.00 pagi
Mak dimandikan..
Anak-anak mak yang pangku masa mak mandi..
Mak mesti rasa betapa lembutnya kami menggosok seluruh tubuh mak..
Kita gosok kaki mak perlahan-lahan..
Mak perasan tak..?
Mak cik yang mandikan mak tu pujuk kita..
Dia kata..”dik..jangan nangis..kalau sayang mak..jangan buat begitu..jangan nangis ya..”
Bila mak cik tu kata begitu..
Lagi laaa laju air mata ni..tapi kita kawal supaya tak menitis atas mak..
Mak..
Sampai takat ni surat ni kita tulis..
Kita nangis ni..
Ni kat dalam bilik..baru pukul 4.00 pagi..
Tak ada orang yang bangun lagi..
Kita dengar nasyid tajuk ”Anak Soleh”..
Kita sedih..kita rindu kat mak..
takpalah..nanti bila kita selesai sembahyang subuh..kita bacakan Yassin untuk mak..
Mak tunggu ya..
Mak....
Sebelum muka mak ditutup buat selamanya..
Semua anak-anak mak mengelilingi mak..menatap wajah mak buat kali terakhir..
Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja..
Mak rasa tak..masa tu kita sentuh dahi mak..
Kita rasa sejuk sangat dahi makk..
Kita tak mampu nak cium mak..kita tak daya..
Kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar..
Air mata kita tak boleh tahan..
Mak mesti ingat kan anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak..
Tapi kita suruh tok imam yang bacakan doa sebab kita sebak..
Jam 12 tengah hari mak diusung keluar dari rumah..
Akak pula dah terkulai dalam pelukan mak cik..
Badan akak terasa panas..
Makk..anak mak yang sorang tu demam..
Mak tauu..cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan..
Mak..
Hari-hariku ku lalui tanpa kewujudan mak lagi..
Begitu terasa kehilangan mak..boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam air mata..
Dan sampai satu tahap..masa tu malam Jumaat selepas maghrib..
Selepas kita baca Yassin dengan kawan-kawan..
Entah kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar-gambar mak..lepas tu apa lagi..
Semakin kita tenung..terasa makin sayu..
Tangisan tak dapat dibendung..
Mak tauu..kita cuba bertahan..memujuk diri sendiri tapi tak jugak reda..
Kita rasa nak telefon mak..
Nak cakap dengan mak..
Anak mak yang ni dah tak betul kan ..??
Dan akhirnya dalam sedu sedan kita telefon kampung..
Kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi..
Puas dah kakak pujuk kita..
Akak kata..”tak baik laa nangis aje..doalah untuk mak..nanti, kalau beginilah..susah mak kat sana ..”
Dan akhirnya..akak juga menangis..
Agaknya..
Mak nampak adengan tu..sebab malam Jumaat kata orang roh balik rumah..
Mengharap sedekah daripada anak-anaknya..
Mak tau tak..di saat itu..kerinduan terasa menusuk ke hulu hati..rasa nyilu sangat..
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni..
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma..hanya sedekah Al-Fatihah kita berikan..
Mak..
Kawan kita dah ketuk pintu bilik tu..
Kejap lagi kami nak pergi solat Subuh kat masjid..
Selalunya..kita yang bawa mak naik motor kan ..
Kali ni..kita jalan kaki dengan kawan pula..
Esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula..
Mula-mula kita tak tahu nak hantar mana surat ini..
Lepas tu..kawan kita kata..simpan saja buat kenangan..
Kita cuma tau alamat ni aje..
Tak mengapa ye mak..kita kasi orang lain baca..
Kita stop dulu sebab kawan dah lama tunggu tu..
Akhir kata untuk mak..
I LOVE YOU SO MUCH..
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kita..
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah...
Sampai masuk SMAPK ni..
Sampai kita boleh jadi anak soleh..
Boleh rasa duduk dalam ketenangan..
Sampai akhir hayat ni jasa mak tak akan mampu kami balas..
Sekian, terima kasih..
Yang Benar..
-Anak mak yang dah tak degil..
PESANAN..
· Hargailah kewujudan ibu kita.
· Hargailah segala pengorbanan ibu.
· Berbaktilah selagi mereka hidup dan jangan sesekali membantah segala suruhannya yang baik.
· Merendahkan suara ketika berbicara.
· Ingatlah kita hanya ada satu ibu dan satu bapa sahaja dalam dunia ini..dan sekiranya Allah menjemput salah seorang atau kedua-duanya, kita tak akan bertemu lagi dengan mereka sehinggalah hari kebangkitan nanti..
· Doa anak yang soleh sahaja yang dapat meringankan beban seksa ibu dan bapa kita..
Berbaloikah ibu memiliki kita sekadar perhiasan atau raja dalam keluarga???
Ringankanlah beban ibu kita. Cukuplah kita menyusahkannya di waktu kecil kita. Usah timbulkan kekesalannya atas melahirkan kita..
Sumber dr : dHom_naMia ~
No comments:
Post a Comment